13 Jenis Blog & Laman Web Tidak Dibenarkan Memohon Google Adsense

Masih ramai lagi yang belum jelas tentang Google Adsense, terutama blogger baru dan pemilik-pemilik blog serta laman web di Malaysia. Ramai masih gagal untuk apply Google Adsense disebalik ia merupakan platform pengiklanan online terbesar di dunia, dan dipercayai. Ada yang dah mohon Adsense, tetapi dah berbulan-bulan tidak mendapat sebarang respon daripada pihak Adsense.

Ada pula yang kata, dah mohon Adsense, tetapi iklan tak keluar-keluar di blog dan laman web. Ada pula yang masih keliru mengenai Hosted-Account dengan Full-Account Adsense. Malah, mereka tidak dapat membezakan antara Adsense yang mereka dapat menerusi blogger.com (blogspot) dengan Adsense yang mereka dapat menerusi Youtube.

Saya ingin jelaskan bahawa ada 3 saluran yang diketahui umum untuk buat duit dengan Adsense iaitu menerusi blogger.com, menerusi youtube.com dan juga menerusi one-time application di Adsense.com.

Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Menggunakan Google Adsense

Tips Memohon Google Adsense
Kebanyakan cara buat duit online menerusi Adsense ini saya telah ceritakan di dalam blog post lepas-lepas termasuklah juga tips-tips yang berkaitan. Namun, seperti yang saya cakap awal-awal tadi .. walaupun sudah tersedia informasi mengenainya, ada yang tak berapa nak jelas dan kurang pasti mengenai Adsense ini.

Perkara paling penting untuk semua orang tahu, terutama pemilik blog dan laman web ialah, kriteria untuk anda memohon akaun Google Adsense; iaitu berkaitan dengan isi kandungan atau jenis blog dan laman web yang ingin didaftarkan menerusi Adsense.com.

13 Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Memohon Adsense

13 Jenis Blog dan Laman Web Tidak Dibenarkan Memohon Adsense
Berikut adalah jenis-jenis blog dan laman web yang tidak dibenarkan untuk memohon Adsense. Dan jika anda telah mempunyai akaun Adsense penuh sekalipun, anda dilarang sama sekali meletakkan kod iklan Adsense di blog dan laman web yang mengandungi kandungan berikut:
  1. Adult content - mengandungi cerita-cerita dewasa atau kandungan yang hanya sesuai untuk pembacaan orang yang dewasa sahaja.
  2. Content that advocates against an individual, group, or organization - blog atau laman web yang mengandungi bahan-bahan yang menyerang, menentang, diskriminasi ke atas individu, kumpulan dan organisasi tertentu.
  3. Copyrighted material - mengandungi dan memaparkan kandungan yang melanggar hak cipta seperti bahan cetak, bahan siaran dan sebagainya - seandai dilaporkan oleh pemilik bahan tersebut.
  4. Recreational drugs and drug-related content - bercerita atau berkongsi informasi mengenai dadah, samada yang boleh digunakan secara sah atau yang ada kaitan dengan dadah.
  5. Alcohol and tobacco-related content - blog dan laman web yang bercerita mengenai alkohol (minuman keras) dan juga produk tembakau.
  6. Healthcare-related content - blog atau laman web yang mempromosikan atau bercerita mengenai penjagaan kesihatan terutama sekali produk yang memerlukan preskripsi doktor dan konsultansi ahli farmasi berdaftar.
  7. Hacking and cracking content - blog atau laman web yang berkongsi info mengenai penggodaman, pencerobohan atau crack produk-produk original.
  8. Sites that offer compensation programs ("pay-to" sites) - blog atau laman web yang paparkan mengenai tawaran dan program pampasan.
  9. Sites that use Google Brand features - blog dan laman web yang menggunakan logo dan jenama Google yang boleh mengelirukan seperti contoh laman web video dengan logo YouTube.
  10. Violent content - yang paparkan kandungan yang berunsurkan keganasan
  11. Weapon-related content - blog dan laman web yang memaparkan kandungan berkaitan persenjataan.
  12. Content that enables dishonest behavior - blog dan laman web yang menawarkan tips, panduan yang salah kepada pembaca seperti cara untuk menyeludup, cara untuk curi password wifi dan sebagainya.
  13. Illegal content - kandungan yang menyalahi undang-undang, termasuklah undang-undang di sesebuah negara di mana laman web atau blog itu ditulis (khas untuk hosting).
Nah .. sekarang anda dah jelas?

Jika blog atau laman web anda mengandungi dan memaparkan kandungan, cerita, informasi dan apa jua seperti yang dinyatakan di atas (termasuklah gambar dan video) maka anda tidak layak untuk memohon Google Adsense menggunakan laman web dan blog tersebut.

Ok, katakan anda memohon menggunakan platform blogger.com (blogspot) dan mendapat Hosted-Account Adsense, iklan di dalam blog anda mungkin tidak akan dipaparkan atau paling teruk anda disenarai-hitam untuk memohon full-account Adsense di masa akan datang.

Blog Wajar Aktif Dalam 6 Bulan

Selain daripada jenis blog dan laman web yang perlu menepati terma, syarat dan polisi Adsense; sesebuah laman web atau blog yang mahu mendaftar permohonan juga perlu 'matang' atau dengan kata lain mesti berusia lebih daripada 6 bulan dengan peratus trafik datangnya daripada enjin carian terutama daripada Goole. Ini adalah sebab kenapa ada sesetengah daripada anda perlu memasukkan kod Google Analytics ke dalam bahagian HTML blogspot anda sebelum permohonan Adsense diluluskan.

Secara amnya, laman web dan blog anda mestilah sebuah laman web dan blog yang mesra pengguna terutama pengguna di bawah umur. Ia mestilah Family-Oriented dan Family-Safe blog. 

Tidak Boleh Manipulasi Kata Kunci

Trafik ke blog pula mestilah kerana kata kunci yang tidak menyalahi perkara-perkara yang disebutkan di atas. Katakan anda seorang blogger blogspot dan anda mendapati bahawa sumber katakunci carian yang memberikan trafik ke blog anda ada mengandungi kata kunci yang menyalahi seperti disebutkan di atas, maka kemungkinan besar akaun Adsense akan disenaraihitamkan (banned) atau akaun Adsense anda mungkin akan disekat.

Semoga Pencerahan Ini Jelas Mengenai Permohonan Adsense

Fuuhh ... agak panjang juga saya tulis mengenai Adsense kali ini. Niat saya ialah untuk memberikan pencerahan sebaik mungkin kepada semua terutama rakan-rakan blogger yang sering bertanya .. :
  • Kenapa iklan Adsense tak keluar
  • Kenapa Adsense tak beri maklum balas
  • Kenapa Adsense tidak approved permohonan
  • Kenapa income Adsense sedikit dan disekat
Sebenarnya platform pengiklanan Adsense adalah sebuah platform pengiklanan online yang sangat bagus. Anda boleh kawal iklan yang keluar, dan boleh minta Adsense untuk tidak paparkan jenis-jenis iklan yang kurang sesuai dengan pembaca mereka. Dengan kata lain, anda boleh blocked iklan yang tidak wajar dari dipaparkan.

Jika anda tidak jelas dan mahukan lebih informasi mengenai cara untuk mendaftar, membuat permohonan dan kriteria untuk lulus permohonan Google Adsense, refer sini - Adsense Support

8 MITOS Tentang Buat Duit Dengan YouTube Adsense Di Malaysia



1. Lebih Banyak Views, Maka Lebih Banyak Dapat Komisen: SALAH. Apa yang anda perlukan sebenarnya adalah klik pada iklan, dan klik ini haruslah datang daripada unique visitors.
2. Pengunjung Berjuta Dari Malaysia Tentunya Mendatangkan Banyak Komisen: HALF-HALF. Untuk menjana pendapatan YouTube Adsense, anda perlu menyasarkan negara yang memiliki kuasa beli online yang tinggi. Malaysia amat jauh terkebelakang dalam senarai. Oleh itu, klik-klik dari Malaysia adalah antara yang termurah sekali dan hanya views tahap tinggi mampu mendpat faedah darinya. Itulah sebabnya digalakkan menyasarkan video-video kepada orang Barat. Ada antara iklan mereka, satu klik boleh cecah $10.00! Syaratnya, ikut niche anda.
3. Perlu Penguasaan Bahasa Ingegris Tinggi dan Hasilkan Video Sendiri: SALAH. Ramai yang takut untuk buat duit dengan YouTube Adsense kerana takut mereka tiada penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Pada masa sama, mereka perlu hasilkan video sendiri pula. Sebenarnya, ramai pemain YouTube Adsense hanya menggunakan video orang lain, semudah download video dari YouTube dan upload semula ke channel mereka. Saya juga sama.
4. Perlu Curi Video Orang Lain. Buat Kerja Haram: SALAH. Anda tidak perlu mencuri untuk memiliki video terbaik. YouTube memiliki terma dan syarat tersendiri yang membenarkan anda menggunakan video orang lain tanpa masalah copyright. Pada masa sama, anda tidak pula menyusahkan atau melanggar mana-mana hakcipta karya seseorang. Ebook saya akan menjelaskan kepada anda bagaimana untuk melakukanya tanpa anda terdedah kepada tindakan undang-undang dan sebagainya - termasuklah menggunakan video yang ada hakcipta! Video iPhone dihancurkan, laptop Apple diletupkan? Nak cara halal? insyaAllah, No problem.
5. Semua Video Terbaik Sudah Ada Copyright: HALF-HALF. Jika anda menyasarkan kepada video iPhone atau laptop Apple yang dipecahkan, mungkin itu adalah sesuatu yang sukar untuk dimiliki kecuali anda ada strategi. Namun demikian, ada lagi video lain yang berkualiti yang percuma untuk diambil. Saya sendiri memiliki channel bermain gitar yang kesemua video-video tersebut didapatkan secara percuma sahaja.
6. Semua Orang Boleh Buat Duit Dengan YouTube Adsense: HALF-HALF. Pemalas tidak akan berjaya buat duit dengan YouTube Adsense apatah lagi bercerita mengenai menjana USD setiap bulan darinya. Seperti juga pekerjaan lain, Buat Duit Dengan YouTube Adsense memerlukan anda bertindak. Usaha + Tindakan Tepatlah yang membawa anda kepada kerja sekadar seminggu sahaja untuk pendapatan tetap bertahun-tahun lamanya.
7. YouTube Adsense Hanya Untuk Orang Barat. Orang Malaysia Cukup Sekadar Menjadi Pengikut:SALAH. Ebook Buat Duit Dengan YouTube Adsense yang ditawarkan kepada anda adalah kumpulan strategi-strategi terbukti yang sudah lama digunakan oleh saya malahan masih ramai orang Barat ketinggalan dalam menggunakan strategi-strategi ini.
8. Orang Malaysia Boleh Menjana Pendapatan Lumayan Dengan YouTube Adsense: BENAR. Jika anda mengikut apa yang saya dedahkan di dalam ebook dan melakukannya pada skala besar, bukan setakat RM300++ sebulan, anda mungkin boleh menjana RM5000++ sebulan. InsyaAllah. Segalanya terletak pada usaha dan tindakan anda sahaja.

- sumber

Keapa Trafik Organik Penting Untuk Blogger?

Trafik Organik samgat digemari oleh Google. Apabila blog anda sudah mula mendapat trafik organik, anda sudah boleh tersenyum lebar. Bukanlah mudah untuk mendapat trafik organik yang berkualiti, blog ini sendiri “termengah-mengah” mendapatkannya., bukan tak ada tapi tak cukup banyak..hihi.
Trafik Organik yang banyak, bererti rezeki yang banyak, walaupun tidak sentiasanya begitu. Pengunjung boleh saja datang dari berbagai sumber. Mungkin datang dari media sosial, forum, web directory atau dari sumber mana pun yang mendorong pengunjung sampai ke blog kita, ada kawan yang forward ke group whatsapp misalnya.
Apakah jenis pengunjung yang sangat digemari oleh Google? Jawapan yang pasti tak lain tak bukan ialah pengunjung organik atau yang lebih mesra disebut trafik organik.
Pada pendapat saya, trafik organik adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan pembaca dan pencari maklumat yang berkualiti.

Apa yang dikatakan pengunjung atau trafik organik itu?

Pengunjung atau trafik organik adalah pelawat yang tiba ke blog anda melalui laman carian Google melalui kata kunci tertentu. Itulah sebabnya kebanyakan bogger sangat gemar menghantar artikel mereka ke search engine seperti Google Webmaster Tool, pingomatic dan banyak lagi. Supaya entri mereka diindex oleh Google dengan seberapa segera. Tujuan utamanya untuk mendapatkan trafik organik dari Google.
Semakin tinggi trafik organik yang berkunjung ke blog anda, maka semakin cerah harapan blog anda meningkat penyenaraiannya ke kedudukan teratas di muka pertama laman carian Google.
Trafik organik blog anda boleh dapat diketahui apabila anda mendaftarkannya diGoogle Analytic. Bolehlah saya ceritakan sedikit mengenainya walaupun saya taklah pandai sangat kerana agak teknikal.

Dalam laman Google Analytic, paparan trafik organik bersifat real time (mungkin versi berbayar). Jika menggunakan versi ini, jumlah trafik organik yang sampai melalui search engine dapat dikesan pada saat itu juga.

Carta trafik organik Google Analytic



Carta ini dapat dilihat pada tab Reporting bahagian atas Dashboard Google Analytic dengan hanya klik Acquisition dan klik Acquisition. Dari carta di atas jumlah pengunjung organik ke blog ini hanya 49.4%. Maksudnya hanya 49% penggunjng blok ini sampai melalui Laman Carian Google menerusi keyword yang mereka cari.
Misalnya anda sedang kalut nak beli rumah sendiri dan memerlukan sedikit panduanbagaimana cara beli rumah sendiri. Lantas anda pun menulis keyword “beli rumah” atau “beli rumah sendiri” di ruangan carian Google. Blog siapakah yang anda jumpa di atas sekali?
Blog Ariffshah.com, betul tak? Dengan kekuatan SEO dan hasil kepakaran bermain SEO menggunakan keyword beli rumah, blog Ariffshah.com berpotensi besar mendapat beribu-ribu trafik organik dari keyword beli rumah atau beli rumah sendiri. Walaupun entri tersebut telah ditulis setahun yang lalu. Hebat tak trafik organik?

Inilah teknik SEO yang diamalkan oleh pakar SEO yang berkualiti, tulis sekali dapat trafik organik berkali-kali.

Apakah rahsianya?

Pertama sekali belajarlah SEO (Search Engine Optimisation) dari pakar SEO. Ramaipakar SEO Malaysia yang hebat-hebat. Nak tahu macammana mereka hebat? Senang saja.. Lihat blog mereka yang mendapat ribuan atau puluhan ribu pengunjung dalam sehari. Anda boleh belajar dari mereka.
Jika anda rajin bolehlah kira berapa jumlah perkataan rumah, membeli rumah, pembelian rumah, beli rumah jurunilai rumah, harga pasaran rumah dan sebagainya dalam entri tersebut. (dalam kontek contoh yang saya tulis)
Saya dah buat sedikit intipan perkara penting bagaimana Google tetap menyenaraikan blog Arifshah di tempat pertama laman carian pertama dari keyword beli rumah:
  • <H1>: Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda
  • <H2>: 1. Modal – No Money No Talk
  • <H2>: 2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?
  • <H2>: 3. Site Viewing Rumah
  • <H2>: 4. Proses Membeli Rumah
  • <H3>: Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?
  • <H3>: Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?
  • <H3>: Dengan Gaji Saya, Layak K.e Dapat Pinjaman?
  • <H3>: Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?
Penggunaan Header 1, 2 dan 3 yang betul juga sangat digemari oleh robot crawler Mr Google. Mengikut sesetengah pakar SEO, engin carian Google membaca header terlebih dalulu sebelum menerjah content sesuatu blog.

Content Is King

Semua pakar SEO bersetuju, “content is king”. Content sangat penting untuk dapatkan trafik organik. Content yang bermaklumat sangat dicari oleh pencari maklumat. Jika ada sesuatu masalah mereka akan bersegera menaipkan masalah mereka di laman carian Google mengharapkan ada jawapan.
Contohnya soalan ini bermain di fikiran anda”tak ada duit, boleh beli rumah ke?”. ke manakah anda nak dapatkan jawapan segera? Ke pakcik Google kannn?
Tadi kita sebut content berkualitikan? Ramai yang menulis hingga takat tu je. Apa makna content quality? Jika entri yang di copy paste bulat-bulat memang sangat tak berkualiti. Jumlah perkataan juga penting, jumlah yang di sarankan 300 perkataan tapi dalam entri Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda, Arif Shah menulis 2000 perkataan.
Jangan lupa meletak sekurang-kurangnya 1 outbound link yang merangkaikan blog anda ke blog atau website lain dan meletakkan sekeping gambar berkaitan yang cun melecun yang dapat menarik perhatian. Bukan itu saja letakkan Alt Text dan description yang berkaitan. Google sukakannya!
Kesimpulannya , jika rajin dan berkebolehan menulis panjang-panjang dan isinya menarik dan bermaklumat, Insyallah akan senang dapat “memenangkan hati” enjen carian Google.
Lebih panjang artikel yang ditulis lebih banyak keyword yang boleh dimasukkan, taklah nampak macam katun sangat jika artikel 300 perkataan nak masukkan 10 keyword. Betul tak?
Ya! dalam kitab SEO Merah Jambu, Mr Titan sebut, lebih padat keyword yang ditulis dalam satu-satu entri lebih mudah menempatkan entri tersebut di muka pertama laman carian Google. Tapi harus berhati-hati, kepadatan keyword yang dikehendaki tidak lebih dari 2.5% sahaja, jika lebih Google akan mengatakan anda sedang melakukan spam. Spam bererti anda kehilangan trafik organik selama-lamanya.

Apa lagi yang perlu?

Em.. Dulu saya fikir blog umpama buku, kita tulis muka surat demi muka surat dan ianya bersambung-sambung. Tapi rupa-rupanya laman blog sama seperti sehelai kertas, bila kita mula menulis helaian kedua, ianya tak akan bersambung dengan helaian pertama. So bagaimana nak sambungkan?

Gunalah internal backlink, dalam platform blogspot atau wordpress dah tersedia fungsi ini. Rajin-rajinlah sambungkan page tu dengan page lain. Pandai-pandailah manupulasi ayat-ayat tu supaya taklah nampak janggal sangat di mata pembaca. Selain dari internal backlink, penting juga sambungkan dengan blog-blog lain, lebih banyak backlink lebih bagus.
Sebenarnya ada banyak lagi teknik SEO yang boleh melonjakkan trafik organikanda. Cumanya kena gali dan berusaha keras faham dan praktikkannya.

Program Pay Per Lead Malaysia Terbaik


Sedikit ringkasan buat anda yang tidak tahu berkenaan pay per lead ini. Ianya sebuah program contohnya anda perlu menjemput kepada prospek yang berminat untuk sesuatu perkara contohnya “baju raya” untuk subscribe email mereka di website tertentu untuk tidak terlepas promosi. Dan senarai email yang berjaya dibawa oleh anda ini kepada website “baju raya” tadi akan membayar anda sebanyak RM1 kepada anda sebagai contoh hasil dari setiap email yang berjaya anda bawa.
Dan pihak pemilik website “baju raya” ini akan mendapat banyak senarai email yang dibawa oleh anda. Dan senarai email ini tadi ibarat PELANGGAN buat mereka. Anda sebagai tukang promosi dapat duit dan mereka yang berniaga berbisnes mendapat pelanggan. Ianya sebuah program “win win” bagi peserta yang terlibat. Ok kita henti di sini.
Untuk maklumat anda, saya di sini mahu perkenalkan anda dengan pay per lead Malaysia yang membayar anda “lead” dengan nilai yang tinggi iaitu RM5 setiap pendaftaran baru. Jika anda menjemput seramai 10 orang mendaftar di sini iaitu InvolveAsia ini, maka anda akan mendapat duit sebanyak RM5 x 10 orang = RM50. Dan website InvolveAsia ini adalah sebuah website tempat dikumpulkan ke semua website online shopping yang popular di Malaysia seperti Lazada, Zalora, Rakutan, Tudung2U dan banyak lagi. Berminat? Jom daftar sekarang juga.

>>> Mulakan Langkah dengah daftar InvolveAsia Di Sini  <<<

 [ Click Here To Register ]

Adnow.Com Lubuk duit Blogger selepas Adsense




Laman Adnow.com adalah PPC yang mempunyai jenis iklan yang mempunyai pandangan seperti Link Atau Tajuk Artikel di Blog atau Web milik sahabat blogger , sehingga pandangan iklan dari Adnow.com seperti sebahagian dari postingan yang kita buat sehingga banyak visitor blog kita banyak yang klik iklan dari adnow.com kerana mengganggap iklan dari adnow.com adalah link posting yang kita buat.

 Syaratnya sangat mudah tak seperti adsense dan perlu memilih publisher untuk didaftarkan hanya masa yang singkat.

Untuk pembayaran, ia boleh dibayar melalui paypal, web money atau wire transfer. Saya syorkan guna paypal sebabnya ia lebih mudah berbanding yang lain.

Saya ajar sikit cara nak daftar adnow sangat simple:

1. First korang masuk ke laman web Adnow.com.
2. Then, lihat ada dua pilihan publisher or advertiser? Korang pilih publisher untuk didaftarkan. Kena tekan 'REGISTRATION'.
3. Anda akan nampak ini...
4. Selepas isi maklumat...klik 'SUBMIT'.
5. Selesai sudah..tunggu 1 hari...nak tahu sama ada approve atau tidak.

Bagi yang ingin mencuba...saya syorkan ....sebab hanya tiga hari saja saya dah dapat hasil $5 ...bayangkan kalau jumlah pageview dan visitor anda tinggi...konfem dapat hasil lagi banyak. Gudluck yang mencuba!!!

Image Effect Bergerak Untuk Blogspot


Gambar memainkan peranan yang besar dalam blogger, dengan menggunakan imej yang anda boleh menyatakan pendapat atau anda boleh memberitahu mengenai artikel .Kali ini saya akan menunjukkan tutorial bagaimana untuk automatik memutar gambar blogger beberapa apabila mana-mana pelawat megenakan cursor pada gambar .Untuk lebih lanjuk bolehlah ikuti demo dan seterusnya mengikut tutorial dibawah ini


Bagaimana Untuk Tambah Image effect 


Langkah 1) Dari Blogger Dashboard, pergi Templates and klik pada Edit HTML
                     (Jangan lupa Download Copy of your template dahulu )



Langkah  2) Cari kode dibawah ini .

]]></b:skin>



Langkah 3) Selepas itu copy kode dibawah dan pastekan di kode yang anda cari tadi.


.post img {
-webkit-transition: -webkit-transform .15s linear;
-webkit-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.25);
-moz-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.25);
padding: 5px 5px 5px 5px;
-webkit-transform: rotate(+2deg);
-moz-transform: rotate(+2deg);
}

.post img:hover {
-webkit-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.5);
-moz-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.5);
-webkit-transform: rotate(-1deg);
-moz-transform: rotate(-1deg);
}


Langkah 4) Klik Save templates

Semoga berjaya.....

Ringankan Blog dengan Lazyload Image Script

Image result for lazyload
Assalamualaikum...

Apa itu Lazyload script ni? Lazyload script ni akan mengurangkan loading images dalam blog korang .Image akan loading bila korang scroll ke bawah dahulu.Baru full image keluar. Automatically,ini akan mengurangkan loading blog.Blog akan jadi lebih cepat loading sebab image akan loading bila scroll je .Menarik kan?. Dah ada solutionnya apa tunggu lagi.Jom tambahkan Lazyload script ni dalam blog.

1. Log in account Blogger
2. Automatically akan ke window dashboard >> Template >> Edit HTML
3.Cari code </head> [untuk memudahkan pencarian tekan cltrl+F serentak dan masukkan code </head> didalam search box]
4. Copy kod ni dan pastekan sebelum kod </head> yang korang cari tadi .
<script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/8mXm7q8vn/jquery.js"></script> <script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/ogWm7q8w1/lazyload.js"></script> <script type="text/javascript" charset="utf-8"> var $j = jQuery.noConflict(); $j(function() { if (navigator.platform == "iPad" || navigator.platform == "iPhone") return; $j("img").lazyload({ placeholder : "http://static.tumblr.com/twte3d7/RSvlio0k5/grey.gif", effect: "fadeIn", }); }); </script>
5. Preview template.
6. Kalau nampak perubahan kelajuan loading blog,save.

Okay,simple je kan. Jangan lupa apply masuk dalam blog korang ye..Takde la jenuh nak tunggu blog loading.Blog akan jadi mesra alam gitu.

Adf.ly Cara Mudah Buat Duit Dengan Pendekkan URL (Shorten Links)

Image result for adfoc.us

Adakah anda mahukan wang ??
Siapa taknak kan, bukan mudah orang nak bagi duit senang-senang je...

Seperti tajuk di atas, kita boleh jana pendapatan dengan hanya pendekkan link dan share = Dapat duit $$$.
Wow !! bukan main senang lagi..

Banyak cara untuk kita buat duit dengan Internet ni, salah satu kaedah untuk anda dapat duit adalah dengan Shorten Links. Buat duit dengan pendekkan link ni banyak syarikat dia. Tapi saya syorkan anda untuk Daftar dengan website ni iaitu Adf.ly..

Jom Daftar Adf.ly

Adf.ly : 10,000 visitors = $5.00

Kita dibayar dengan dollar Amerika, bila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, lagi tinggi nilainya. 


Saya nak tunjuk sikit bagi anda nampak. Saya nak bagi contoh cara shorten links..

Image result for adf.ly

Contoh Adf.ly:

Link asal = http://hasilduitonline.blogspot.my/


Selepas dipendekkan link = http://adf.ly/1b0O9B   <---- share kan link ni :)


Kita dibayar melalui apa ??

Haaa... ni satu-satunya yang kita risau dan musykil. Macam mana kita nak withdraw duit ni.
Adf.ly ni akan transferkan duit kepada akaun Bank Online kita iaitu AKAUN PAYPAL.

Apa itu Paypal ??


Jawapan sendiri : Akaun Paypal ni adalah sebuah syarikat bank online dimana kita boleh membeli belah melalui akaun ni secara online. Kita juga boleh transferkan  duit dari bank negara kita seperti Maybank, RHB Bank, BSN, dan lain-lain ke akaun Paypal kita. Dan kita boleh withdraw duit dalam akaun Paypal ke Bank negara kita.

Setakat ni, akaun Paypal saya masih selamat dan Paypal ni boleh dipercayai. Sebab itulah bank negara Malaysia ni kira bersepakat dan bersetuju untuk transaksi pindahan dari kedua-dua belah pihak.
Jika anda nak buat akaun Paypal ni, Jom Daftar Paypal.

Berbalik kepada Buat duit dengan Adf.ly. Berikut adalah minimum withdraw ke akaun Paypal.

Adf.ly = $5.00



loading...