Keapa Trafik Organik Penting Untuk Blogger?

Trafik Organik samgat digemari oleh Google. Apabila blog anda sudah mula mendapat trafik organik, anda sudah boleh tersenyum lebar. Bukanlah mudah untuk mendapat trafik organik yang berkualiti, blog ini sendiri “termengah-mengah” mendapatkannya., bukan tak ada tapi tak cukup banyak..hihi.
Trafik Organik yang banyak, bererti rezeki yang banyak, walaupun tidak sentiasanya begitu. Pengunjung boleh saja datang dari berbagai sumber. Mungkin datang dari media sosial, forum, web directory atau dari sumber mana pun yang mendorong pengunjung sampai ke blog kita, ada kawan yang forward ke group whatsapp misalnya.
Apakah jenis pengunjung yang sangat digemari oleh Google? Jawapan yang pasti tak lain tak bukan ialah pengunjung organik atau yang lebih mesra disebut trafik organik.
Pada pendapat saya, trafik organik adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan pembaca dan pencari maklumat yang berkualiti.

Apa yang dikatakan pengunjung atau trafik organik itu?

Pengunjung atau trafik organik adalah pelawat yang tiba ke blog anda melalui laman carian Google melalui kata kunci tertentu. Itulah sebabnya kebanyakan bogger sangat gemar menghantar artikel mereka ke search engine seperti Google Webmaster Tool, pingomatic dan banyak lagi. Supaya entri mereka diindex oleh Google dengan seberapa segera. Tujuan utamanya untuk mendapatkan trafik organik dari Google.
Semakin tinggi trafik organik yang berkunjung ke blog anda, maka semakin cerah harapan blog anda meningkat penyenaraiannya ke kedudukan teratas di muka pertama laman carian Google.
Trafik organik blog anda boleh dapat diketahui apabila anda mendaftarkannya diGoogle Analytic. Bolehlah saya ceritakan sedikit mengenainya walaupun saya taklah pandai sangat kerana agak teknikal.

Dalam laman Google Analytic, paparan trafik organik bersifat real time (mungkin versi berbayar). Jika menggunakan versi ini, jumlah trafik organik yang sampai melalui search engine dapat dikesan pada saat itu juga.

Carta trafik organik Google Analytic



Carta ini dapat dilihat pada tab Reporting bahagian atas Dashboard Google Analytic dengan hanya klik Acquisition dan klik Acquisition. Dari carta di atas jumlah pengunjung organik ke blog ini hanya 49.4%. Maksudnya hanya 49% penggunjng blok ini sampai melalui Laman Carian Google menerusi keyword yang mereka cari.
Misalnya anda sedang kalut nak beli rumah sendiri dan memerlukan sedikit panduanbagaimana cara beli rumah sendiri. Lantas anda pun menulis keyword “beli rumah” atau “beli rumah sendiri” di ruangan carian Google. Blog siapakah yang anda jumpa di atas sekali?
Blog Ariffshah.com, betul tak? Dengan kekuatan SEO dan hasil kepakaran bermain SEO menggunakan keyword beli rumah, blog Ariffshah.com berpotensi besar mendapat beribu-ribu trafik organik dari keyword beli rumah atau beli rumah sendiri. Walaupun entri tersebut telah ditulis setahun yang lalu. Hebat tak trafik organik?

Inilah teknik SEO yang diamalkan oleh pakar SEO yang berkualiti, tulis sekali dapat trafik organik berkali-kali.

Apakah rahsianya?

Pertama sekali belajarlah SEO (Search Engine Optimisation) dari pakar SEO. Ramaipakar SEO Malaysia yang hebat-hebat. Nak tahu macammana mereka hebat? Senang saja.. Lihat blog mereka yang mendapat ribuan atau puluhan ribu pengunjung dalam sehari. Anda boleh belajar dari mereka.
Jika anda rajin bolehlah kira berapa jumlah perkataan rumah, membeli rumah, pembelian rumah, beli rumah jurunilai rumah, harga pasaran rumah dan sebagainya dalam entri tersebut. (dalam kontek contoh yang saya tulis)
Saya dah buat sedikit intipan perkara penting bagaimana Google tetap menyenaraikan blog Arifshah di tempat pertama laman carian pertama dari keyword beli rumah:
  • <H1>: Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda
  • <H2>: 1. Modal – No Money No Talk
  • <H2>: 2. Kat Mana Nak Beli Property Bagus?
  • <H2>: 3. Site Viewing Rumah
  • <H2>: 4. Proses Membeli Rumah
  • <H3>: Berapa Banyak Loan Yang Boleh Saya Pohon?
  • <H3>: Boleh Tak Saya Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Deposit Rumah?
  • <H3>: Dengan Gaji Saya, Layak K.e Dapat Pinjaman?
  • <H3>: Bagaimana Pula Dengan Loan Kerajaan?
Penggunaan Header 1, 2 dan 3 yang betul juga sangat digemari oleh robot crawler Mr Google. Mengikut sesetengah pakar SEO, engin carian Google membaca header terlebih dalulu sebelum menerjah content sesuatu blog.

Content Is King

Semua pakar SEO bersetuju, “content is king”. Content sangat penting untuk dapatkan trafik organik. Content yang bermaklumat sangat dicari oleh pencari maklumat. Jika ada sesuatu masalah mereka akan bersegera menaipkan masalah mereka di laman carian Google mengharapkan ada jawapan.
Contohnya soalan ini bermain di fikiran anda”tak ada duit, boleh beli rumah ke?”. ke manakah anda nak dapatkan jawapan segera? Ke pakcik Google kannn?
Tadi kita sebut content berkualitikan? Ramai yang menulis hingga takat tu je. Apa makna content quality? Jika entri yang di copy paste bulat-bulat memang sangat tak berkualiti. Jumlah perkataan juga penting, jumlah yang di sarankan 300 perkataan tapi dalam entri Panduan Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Muda, Arif Shah menulis 2000 perkataan.
Jangan lupa meletak sekurang-kurangnya 1 outbound link yang merangkaikan blog anda ke blog atau website lain dan meletakkan sekeping gambar berkaitan yang cun melecun yang dapat menarik perhatian. Bukan itu saja letakkan Alt Text dan description yang berkaitan. Google sukakannya!
Kesimpulannya , jika rajin dan berkebolehan menulis panjang-panjang dan isinya menarik dan bermaklumat, Insyallah akan senang dapat “memenangkan hati” enjen carian Google.
Lebih panjang artikel yang ditulis lebih banyak keyword yang boleh dimasukkan, taklah nampak macam katun sangat jika artikel 300 perkataan nak masukkan 10 keyword. Betul tak?
Ya! dalam kitab SEO Merah Jambu, Mr Titan sebut, lebih padat keyword yang ditulis dalam satu-satu entri lebih mudah menempatkan entri tersebut di muka pertama laman carian Google. Tapi harus berhati-hati, kepadatan keyword yang dikehendaki tidak lebih dari 2.5% sahaja, jika lebih Google akan mengatakan anda sedang melakukan spam. Spam bererti anda kehilangan trafik organik selama-lamanya.

Apa lagi yang perlu?

Em.. Dulu saya fikir blog umpama buku, kita tulis muka surat demi muka surat dan ianya bersambung-sambung. Tapi rupa-rupanya laman blog sama seperti sehelai kertas, bila kita mula menulis helaian kedua, ianya tak akan bersambung dengan helaian pertama. So bagaimana nak sambungkan?

Gunalah internal backlink, dalam platform blogspot atau wordpress dah tersedia fungsi ini. Rajin-rajinlah sambungkan page tu dengan page lain. Pandai-pandailah manupulasi ayat-ayat tu supaya taklah nampak janggal sangat di mata pembaca. Selain dari internal backlink, penting juga sambungkan dengan blog-blog lain, lebih banyak backlink lebih bagus.
Sebenarnya ada banyak lagi teknik SEO yang boleh melonjakkan trafik organikanda. Cumanya kena gali dan berusaha keras faham dan praktikkannya.

Program Pay Per Lead Malaysia Terbaik


Sedikit ringkasan buat anda yang tidak tahu berkenaan pay per lead ini. Ianya sebuah program contohnya anda perlu menjemput kepada prospek yang berminat untuk sesuatu perkara contohnya “baju raya” untuk subscribe email mereka di website tertentu untuk tidak terlepas promosi. Dan senarai email yang berjaya dibawa oleh anda ini kepada website “baju raya” tadi akan membayar anda sebanyak RM1 kepada anda sebagai contoh hasil dari setiap email yang berjaya anda bawa.
Dan pihak pemilik website “baju raya” ini akan mendapat banyak senarai email yang dibawa oleh anda. Dan senarai email ini tadi ibarat PELANGGAN buat mereka. Anda sebagai tukang promosi dapat duit dan mereka yang berniaga berbisnes mendapat pelanggan. Ianya sebuah program “win win” bagi peserta yang terlibat. Ok kita henti di sini.
Untuk maklumat anda, saya di sini mahu perkenalkan anda dengan pay per lead Malaysia yang membayar anda “lead” dengan nilai yang tinggi iaitu RM5 setiap pendaftaran baru. Jika anda menjemput seramai 10 orang mendaftar di sini iaitu InvolveAsia ini, maka anda akan mendapat duit sebanyak RM5 x 10 orang = RM50. Dan website InvolveAsia ini adalah sebuah website tempat dikumpulkan ke semua website online shopping yang popular di Malaysia seperti Lazada, Zalora, Rakutan, Tudung2U dan banyak lagi. Berminat? Jom daftar sekarang juga.

>>> Mulakan Langkah dengah daftar InvolveAsia Di Sini  <<<

 [ Click Here To Register ]

Adnow.Com Lubuk duit Blogger selepas Adsense




Laman Adnow.com adalah PPC yang mempunyai jenis iklan yang mempunyai pandangan seperti Link Atau Tajuk Artikel di Blog atau Web milik sahabat blogger , sehingga pandangan iklan dari Adnow.com seperti sebahagian dari postingan yang kita buat sehingga banyak visitor blog kita banyak yang klik iklan dari adnow.com kerana mengganggap iklan dari adnow.com adalah link posting yang kita buat.

 Syaratnya sangat mudah tak seperti adsense dan perlu memilih publisher untuk didaftarkan hanya masa yang singkat.

Untuk pembayaran, ia boleh dibayar melalui paypal, web money atau wire transfer. Saya syorkan guna paypal sebabnya ia lebih mudah berbanding yang lain.

Saya ajar sikit cara nak daftar adnow sangat simple:

1. First korang masuk ke laman web Adnow.com.
2. Then, lihat ada dua pilihan publisher or advertiser? Korang pilih publisher untuk didaftarkan. Kena tekan 'REGISTRATION'.
3. Anda akan nampak ini...
4. Selepas isi maklumat...klik 'SUBMIT'.
5. Selesai sudah..tunggu 1 hari...nak tahu sama ada approve atau tidak.

Bagi yang ingin mencuba...saya syorkan ....sebab hanya tiga hari saja saya dah dapat hasil $5 ...bayangkan kalau jumlah pageview dan visitor anda tinggi...konfem dapat hasil lagi banyak. Gudluck yang mencuba!!!

Image Effect Bergerak Untuk Blogspot


Gambar memainkan peranan yang besar dalam blogger, dengan menggunakan imej yang anda boleh menyatakan pendapat atau anda boleh memberitahu mengenai artikel .Kali ini saya akan menunjukkan tutorial bagaimana untuk automatik memutar gambar blogger beberapa apabila mana-mana pelawat megenakan cursor pada gambar .Untuk lebih lanjuk bolehlah ikuti demo dan seterusnya mengikut tutorial dibawah ini


Bagaimana Untuk Tambah Image effect 


Langkah 1) Dari Blogger Dashboard, pergi Templates and klik pada Edit HTML
                     (Jangan lupa Download Copy of your template dahulu )



Langkah  2) Cari kode dibawah ini .

]]></b:skin>



Langkah 3) Selepas itu copy kode dibawah dan pastekan di kode yang anda cari tadi.


.post img {
-webkit-transition: -webkit-transform .15s linear;
-webkit-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.25);
-moz-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.25);
padding: 5px 5px 5px 5px;
-webkit-transform: rotate(+2deg);
-moz-transform: rotate(+2deg);
}

.post img:hover {
-webkit-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.5);
-moz-box-shadow: 0 3px 6px rgba(0,0,0,.5);
-webkit-transform: rotate(-1deg);
-moz-transform: rotate(-1deg);
}


Langkah 4) Klik Save templates

Semoga berjaya.....

Ringankan Blog dengan Lazyload Image Script

Image result for lazyload
Assalamualaikum...

Apa itu Lazyload script ni? Lazyload script ni akan mengurangkan loading images dalam blog korang .Image akan loading bila korang scroll ke bawah dahulu.Baru full image keluar. Automatically,ini akan mengurangkan loading blog.Blog akan jadi lebih cepat loading sebab image akan loading bila scroll je .Menarik kan?. Dah ada solutionnya apa tunggu lagi.Jom tambahkan Lazyload script ni dalam blog.

1. Log in account Blogger
2. Automatically akan ke window dashboard >> Template >> Edit HTML
3.Cari code </head> [untuk memudahkan pencarian tekan cltrl+F serentak dan masukkan code </head> didalam search box]
4. Copy kod ni dan pastekan sebelum kod </head> yang korang cari tadi .
<script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/8mXm7q8vn/jquery.js"></script> <script type="text/javascript" src="http://static.tumblr.com/bmdsqsc/ogWm7q8w1/lazyload.js"></script> <script type="text/javascript" charset="utf-8"> var $j = jQuery.noConflict(); $j(function() { if (navigator.platform == "iPad" || navigator.platform == "iPhone") return; $j("img").lazyload({ placeholder : "http://static.tumblr.com/twte3d7/RSvlio0k5/grey.gif", effect: "fadeIn", }); }); </script>
5. Preview template.
6. Kalau nampak perubahan kelajuan loading blog,save.

Okay,simple je kan. Jangan lupa apply masuk dalam blog korang ye..Takde la jenuh nak tunggu blog loading.Blog akan jadi mesra alam gitu.

Adf.ly Cara Mudah Buat Duit Dengan Pendekkan URL (Shorten Links)

Image result for adfoc.us

Adakah anda mahukan wang ??
Siapa taknak kan, bukan mudah orang nak bagi duit senang-senang je...

Seperti tajuk di atas, kita boleh jana pendapatan dengan hanya pendekkan link dan share = Dapat duit $$$.
Wow !! bukan main senang lagi..

Banyak cara untuk kita buat duit dengan Internet ni, salah satu kaedah untuk anda dapat duit adalah dengan Shorten Links. Buat duit dengan pendekkan link ni banyak syarikat dia. Tapi saya syorkan anda untuk Daftar dengan website ni iaitu Adf.ly..

Jom Daftar Adf.ly

Adf.ly : 10,000 visitors = $5.00

Kita dibayar dengan dollar Amerika, bila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, lagi tinggi nilainya. 


Saya nak tunjuk sikit bagi anda nampak. Saya nak bagi contoh cara shorten links..

Image result for adf.ly

Contoh Adf.ly:

Link asal = http://hasilduitonline.blogspot.my/


Selepas dipendekkan link = http://adf.ly/1b0O9B   <---- share kan link ni :)


Kita dibayar melalui apa ??

Haaa... ni satu-satunya yang kita risau dan musykil. Macam mana kita nak withdraw duit ni.
Adf.ly ni akan transferkan duit kepada akaun Bank Online kita iaitu AKAUN PAYPAL.

Apa itu Paypal ??


Jawapan sendiri : Akaun Paypal ni adalah sebuah syarikat bank online dimana kita boleh membeli belah melalui akaun ni secara online. Kita juga boleh transferkan  duit dari bank negara kita seperti Maybank, RHB Bank, BSN, dan lain-lain ke akaun Paypal kita. Dan kita boleh withdraw duit dalam akaun Paypal ke Bank negara kita.

Setakat ni, akaun Paypal saya masih selamat dan Paypal ni boleh dipercayai. Sebab itulah bank negara Malaysia ni kira bersepakat dan bersetuju untuk transaksi pindahan dari kedua-dua belah pihak.
Jika anda nak buat akaun Paypal ni, Jom Daftar Paypal.

Berbalik kepada Buat duit dengan Adf.ly. Berikut adalah minimum withdraw ke akaun Paypal.

Adf.ly = $5.00



Kenapa dia dapat Western Union dari Google tiap bulan?

Nak tahu kan?.... Baca terus....

Apa itu Google Adsense.
Google Adsense adalah salah satu program dimana pihak Google akan membayar komisyen kepada publisher iaitu anda sebagai pemilik website mahupun blog sekiranya iklan dari Advertiser di klik oleh pelawat atau pengunjung di laman web atau blog anda. Contohnya: Anda memiliki sebuah blog atau laman web yang berkaitan dengan sesuatu topic atau keyword yang anda pilih dan didalam laman tersebut anda letakkan iklan dari pihak Google yang juga berkaitan dengan topic serta keyword laman anda maka sekiranya pengunjung laman anda melakukan klik pada iklan tersebut anda akan menerima komisyen dari pihak Google.




Fuyooo..gilanyerrr Google nie….
Pasti itu yang anda semua fikirkan bukan? Kenapa pihak google nak kasi duit kat orang. Orang klik dia bayar duit pulak pada kita?. Apakah pihak google tidak terfikir betapa senang orang akan dapat duit dari urusan ini nanti.

Google sebenarnya bijak.
Nak tahu kenapa?....Sebabnya, Pihak pengiklan mahukan laman web mereka dilawati. Mereka juga mahukan traffic yang tinggi ke laman web mereka bagi mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Mereka juga sanggup membayar google untuk setiap klik pada iklan mereka. Lagi banyak klik lagi menggunung pendapatan google. Bagi memaksimakan promosi dan klik, google menawarkan iklan adsense kepada pemilik laman web atau blog yang lain untuk sama-sama mempromosikan iklan-iklan tersebut dengan itu jumlahnya akan sentiasa berkembang pihak google juga tidak kisah untuk membayar mereka kerana kantung mereka juga semakin berkembang. Ini adalah situasi menang-menang antara 3 pihak iaitu pengiklan, pemilik laman web/blog dan juga Google.

Apabila seseorang pengunjung melakukan carian di Google, mereka akan menaip kata kunci ataupun ‘Keyword’ pada search browser dan akan dibawa ke muka depan di senarai carian Google. Pada muka pertama ini akan kelihatan laman-laman web atau blog serta Iklan dari Adwords yang berkaitan dengan keyword yang dipilih tadi. Contoh sekiranya seseorang pengunjung berminat tentang penjimatan minyak, maka mereka akan menggunakan keyword “fuel saving” sebagai carian mereka. Google akan memberikan senarai seperti berikut:




Seperti ditunjukkan pada gambar diatas, terdapat 2 jenis senarai yang dipaparkan oleh pihak Google. Pada sebelah kiri dikenali sebagai organic listing dan disebelah kanan pula adalah senarai iklan berbayar atau Adwords. Organic listing adalah senarai laman web percuma yang disusun mengikut ranking 1-10 pada muka pertama Google. Kesemua laman web ini perlu bersaing antara satu sama lain untuk kedudukan teratas di carian Google bagi keyword “fuel saving”. Berbeza dengan Adwords listing (sponsored link), kedudukan mereka ditentukan oleh bidaan yang dibuat iaitu jumlah yang sanggup dibayar oleh mereka kepada Google setelah iklan mereka di klik oleh pengunjung. Lagi tinggi bidaan maka makin atas kedudukan iklan mereka di google untuk keyword “fuel saving”.

Bagaimana pula dengan Adsense? Jika anda perhatikan contoh pada laman Google “fuel saving” di bahagian organic listing, terdapat senarai laman web yang dipaparkan berkenaan dengan keyword tersebut. Di dalam laman-laman inilah iklan Adsense akan terpapar sekiranya pemilik atau publisher tersebut mendaftar dengan Google Adsense. Iklan Adsense yang dipaparkan adalah berlainan dan sentiasa berubah bergantung kepada keyword sesebuah laman web itu sendiri.

Anda telah memahami bahawa untuk program Google Adsense, komisyen akan dibayar oleh pihak Google kepada anda sekiranya iklan Adwords yang terpapar di laman web atau blog anda di klik oleh pengunjung. Untuk membenarkan pihak Google memaparkan iklan-iklan dilaman web atau blog anda, anda terlebih dahulu perlu mendaftar akaun Google Adsense. Pendaftaran adalah percuma. Anda juga tidak semestinya perlu mempunyai laman web sendiri untuk buat duit dengan Google Adsense ini kerana proses untuk pembangunan laman web perlukan modal untuk domain dan hosting.

Cara yang paling mudah, pantas dan percuma adalah dengan membina blog anda sendiri dengan blogger.com ataupun wordpress.com. Sekiranya anda telah pun mempunyai blog atau laman web sendiri dan proses optimasi pada keyword dan meta tag diblog anda telah diselaraskan dengan baik, maka cepatlah mendaftar akaun Adsense dan mulakan buat duit dari rumah anda sekarang. Tidak terhad kepada adsense saja, anda juga boleh menyertai program affiliate dan mempromosikan produk affiliate pada blog anda. Untuk mendaftar akaun Google Adsense sila ke: http://www.google.com/adsense 

5 Tips Menjadi Bos yang Hebat

Anda bos? Atau anda punyai pangkat yang tinggi dalam opis? Kalau betul dan benar, anda tentu ada ramai anak buah atau staff di bawah jagaan anda. Tapi adakah mereka itu mesra kepada anda? adakah mereka akrab? Atau patuh dengan segala arahan yang anda berikan? Baca artikel ini untuk mengetahui cara menjadi bos yang hebat, dihormati dan disegani.

Ada masanya, sebagai bos, tanggungjawab anda bukan sahaja memastikan anak-anak buah sentiasa deliver apa yang diinginkan oleh anda atau syarikat mahupun organisasi tempat anda bekerja. Ia sebenarnya lebih dari itu. Anda punyai tanggungjawab untuk memberikan segala kemudahan dari segi persekitaran dan psikologi untuk mereka. Tentu sekali suasana kerja yang menarik, memberansangkan dan beraura positif akan berikan impak yang baik terhadap pekerja terutama dari segi produktiviti.

5 Tips Menjadi Bos yang Hebat

5 Tips Menjadi Bos yang Hebat
Jadi, anda perlu menjadi seorang bos yang hebat agar staff dan anak buah anda sentiasa bersemangat untuk bekerja. Tak salah anda berbaik dengan staff dan mesra, namun pastikan kod etika bos-pekerja sentiasa dipelihara.

Cubalah buat tips ini - anda mungkin digelar seorang Bos yang hebat kelak! 
  1. Beri pujian jika hasil kerja mereka memuaskan. Lebih elok jika anda umumkan dalam mesyuarat supaya orang lain sedar akan kemampuan dan pencapaian staff anda itu.
  2. Hindari sikap menyalahkan staf anda di depan pihak lain, sebaliknya bela diri mereka. Dan juga bertemu dan berbincang dengan staf anda itu secara empat mata, dengan menyatakan kesilapan dan kekurangan yang dia lakukan.
  3. Pantau kerja staff anda, jika mereka nampak 'lost', bantu dengan kepakaran anda. Tak luak pun jika anda berkongsi ilmu dengan mereka.
  4. Jangan salah guna kuasa dengan curi idea atau hasil kerja mereka. Jika mereka yang membuatnya dengan baik, maka sebutkan nama mereka dan jangan pula kita mengaku ia hasil idea sendiri sedangkan ia adalah penat lelah staff anda.
  5. Time makan tengahari, cuba makan bersama mereka. Buat jamuan kecil-kecilan atau belanja makan sesekali sekala. Ia tanda penghargaan peribadi dan ia juga menunjukkan anda seorang yang boleh didekati dan akan lebih dihormati. Pastinya anda tidak akan digelar bos yang sombong.
Ehemm . ok bos-bos semua .. dah baca? Jadi bolehlah terapkan dalam pergaulan anda dengan staf. Jadi bos yang baik bererti anda menjadi pemimpin yang baik. Bukankah kita manusia diciptakan Tuhan untuk memimpin?
loading...