5 Cara Mudah Dan Cepat Buat Duit Online

Apa cara mudah dan cepat untuk buat duit online? Menjana pendapatan sampingan secara online seolah dah menjadi satu trend. Lebih mudah bila hampir setiap rumah ada internet. Jadi tak perlulah bersusah payah ke kafe cyber atau guna internet ketika di tempat kerja sahaja kan.
Cara Mudah Buat Duit Online Dengan Cepat Dan Berkesan
Dalam artikel ni puteri nak kongsikan 5 cara mudah dan cepat untuk buat duit online. Antaranya.
1) Blog – Berblog antara cara mudah untuk buat duit online. Tak perlu keluar modal. Kalau guna blogspot kan percuma. Puteri pun ada beberapa akaun blogspot. Lepas buat blog, bolehlah pasang pelbagai jenis iklan kat blog, seperti Nuffnang, Adsense, Geniee, H12, Komli dan sebagainya. Pilih je mana yang sesuai. Tugas kita hanya perlu update blog dan usahakan mendapat trafik. Bila trafik tinggi, pendapatan dari iklan pun pasti meningkat.
2) Berniaga/Dropship – Jika kita berbakat untuk menghasilkan sesuatu, contohnya membuat kek, membuat coklat buatan tangan, barangan kraf atau menjahit baju ke, kita bolelah jual secara online. Kalau tak ada blog boleh promosi dekat fanpage atau instagram. Kalau produk kita berkualiti, pasti ramai yang nak beli. Kalau tak ada produk sendiri, boleh buat dropship. Nak tahu lebih tentang dropship…boleh baca Panduan Tentang Dropship.
3) Freelance – Kerja-kerja freelance pun boleh dilakukan dalam keselesaan rumah sendiri. Banyak syarikat diluar sana yang mencari pekerja freelance yang boleh menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Selepas kerja kita siap, syarikat itu akan membuat pembayaran. Biasanya pembayaran agak lumayan juga. Kalau berminat untuk membuat kerja secara freelance boleh daftar di JobDiRumah. Setiap pagi korang akan mendapat senarai kerja-kerja freelance. Tak perlu susah payah untuk korang cari sendiri.
4) Affiliate – Lagi satu cara buat duit online secara cepat dan semakin diminati adalah Pemasaran Affiliate. Kita promosi ebook, orang berminat dan beli melalui link yang kita promosi. Hasilnya kita dapat menjana komisen mengikut peratus harga ebook tersebut. Kalau tak faham, korang boleh tambah ilmu tentang affiliate ni dengan membaca Kitab Pink.
5) Jual Beli Domain –  Buat duit online dengan membeli dan menjual domain ini tak makan banyak masa. Tak perlulah kita luangkan banyak masa menghadap laptop. Kita beli domain pada harga yang murah dan selepas itu kita jual untuk mendapat untung. Yang penting kita buat research tentang nama-nama domain yang mudah nak jual.
Ni antara 5 cara mudah untuk buat duit online secara cepat dan berkesan. Pilih mana yang sesuai dengan cara kita dan mula menjana pendapatan secara online. Yang penting kita kena usaha secara konsisten. Jangan mudah mengalah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya.
Korang pun mungkin ada cara tersendiri untuk menjana pendapatan secara online. Jom kongsikan pengalaman korang buat duit secara online.
loading...